Sunday, February 6, 2011

SEKADAR RENUNGAN

LELAKI

Seorang gadis duduk termenung..suadah ramai lelaki dikenali, tapi susah betul untuk difahami perangai kaum Adam ni.

Apabila dilayan dgn baik, lelaki kata si gadis jatuh cinta padanya. Syok sendiri. Tapi kalau dilayan ala kadar, lelaki tuduh si gadis sombong, bongkak, hidung tinggi. Apabila dia bergaya anggun, lelaki tuduh si gadis cuba menggoda. Tapi jika dia berpakaian ala kadar, diejek kampung.

Tak paham betul si gadis dgn perangai lelaki. Kalau berselisih faham, mereka tuduh si gadis degil. Tapi kalau si gadis berdiam diri, lelaki kata dia bodoh.

Kalau si gadis lebih cerdik daripada lelaki pn susah, mereka malu. Tapi kalau mereka lebih cerdik, lelaki dgn bongkak nya berkata "Tengok, aku lebih hebat daripada kau!"

Apabila si gadis x menciantai lelaki, makhluk itu cuba memujuk rayu. Tapi apabila si gadis betul2 jatuh cinta, si lelaki pula meninggalkan nya. Kalau tak turutkan kehendak nafsunya, si gadis dituduh tidak cinta sesungguh hati. Tapi bila diserahkan tubuh badan, si lelaki kata si gadis perempuan murahan.

Si gadis sedih kerana bila diceritakan masalahnya, lelaki kata "Tak habis2 menyusahkan orang. Maslah aku pun banyak". Tapi bila tak dicerita masalah diri, lelaki tuduh si gadis x percayakan dirinya.

Andai si gadis naik angin,dengan sesedap mulut saja si lelaki kata dia suka membebel macam mak nenek. Tapi bila si gadis itu protes sebab selalu di marah, lelaki jawab "Itu tandanya saya prihatin terhadap awak".

Sungguh, si gadis tak tahan dgn kerenah lelaki. Kadang2 teringin juga dia mencapai sebatang rokok. Belum sempat hisap, lelaki pun berkata "Hisap lah perempuan jahat!" Tapi bila ditanya kenapa awak hisap rokok, si lelaki menjawab, "Macam ni lah baru dinamakan lelaki!"

Andai si gadis mengicilkan hati lelaki, makhluk tuhan itu menuduhnya kasar. Tapi bila si lelaki berkasar dan si gadis menangis kerana terluka hatinya, makhluk itu dengan sesedap mulutnya juga berkata, "Awak ni terlalu sensitif, bosan!!"

Si gadis menggeleng kepala. Ah! susah betul nak memahami lelaki. Kalau diceritakan keluhan ini kepada lelaki, pasti mereka tidak mengaku. Tapi kalau dipendamkan saja, lelaki akan menuduh nya pentingkan diri sendiri pula!!

Lelaki--such a nuisance--

No comments:

Post a Comment